Cadangan Program Kementerian_Kesihatan_Malaysia

Memandangkan KKM telah mengambil langkah yang bijak dalam memperkasakan konsep 1 Malaysia melalui bidang kesihatan dan perubatan, lebih banyak inisiatif boleh dijalankan bagi mencapai matlamat peningkatan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, pelaksanaan Hari Tanpa Gula sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun. Sehingga tempoh ini sudah kerap agensi-agensi kesihatan mengadakan kempen kesedaran dan mengajak orang awam untuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan serta minuman, namun perkara ini tidak akan dapat dilaksanakan sepenuhnya sehingga dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.

Gula merupakan pemanis makanan dan pengunaan yang berlebihan boleh mengundang pelbagai penyakit kronik kepada tubuh badan seperti penyakit darah tinggi, diabetes, serta memberi masalah kepada organ-organ (jantung,ginjal dan pankreas). Penggunaan gula boleh digantikan dengan pemanis artificial. Program ini tertumpu kepada golongan kanak-kanak sehingga golongan dewasa terutamanya ibu bapa yang berperanan mendidik anak-anak.

Antara program yang boleh dilaksanakan adalah seperti pesta jualan makanan kurang atau tanpa gula, pameran-pameran tentang bahayanya pengambilan gula secara berlebihan serta ceramah kesedaran di sekolah-sekolah oleh pegawai kesihatan. Melalui program ini, ia bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan malah dapat mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum di Malaysia.